Sunday, June 14, 2009

TIPS KESIHATAN – MENGATASI STRESS

Stress adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:
1. Tidur Sejenak Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
2. Pengurutan Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan diri secara artistik Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
4. Kerap ketawa Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.
5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri. Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Friday, June 5, 2009

Kad Pesara

Kad Pesara Kerajaan Malaysia dikeluarkan di bawah Seksyen 23, Peraturan-peraturan Pencen 1980 bagi Pesara/Penerima Pencen Perkhidmatan Awam atau Seksyen 20, Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak berkuasa Berkanun dan tempatan bagi pesara/Penerima Pencen Pihak berkuasa Berkanun dan tempatan.

Kad Pesara merupakan Pengenalan Diri Pesara bagi membolehkan memperoleh kemudahan perubatan di Hospital Kerajaan. Kemudahan kad pesara ini layak dinikmati oleh pesara/penerima pencen, juga kepada isteri/suami penerima pencen dan juga kepada anak-anak di bawah umur 18 tahun atau 21 tahun bagi anak yang masih menerima pendidikan tinggi(tiada had umur bagi anak cacat akal jasmani kekal).

Penyalahgunaan kad pesara boleh didakwa di Mahkamah di bawah Seksyen 24 Peraturan-peraturan Pencen 1980 atau Seksyen 21 Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan, yang mana berkenaan.

Jika terdapat sebarang kerosakan atau kesilapan butiran dalam kad pesara, sila hubungi 03-88854786 atau alamatkan ke Unit Kecil Kad Pesara, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Permohonan penggantian kad pesara yang hilang atau rosak(disebabkan oleh pesara/penerima pencen) hendaklah disertakan dengan mengemukakan satu salinan Laporan Polis.

Kad Pesara ini hendaklah diserahkan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia apabila pemiliknya hilang kelayakan menerima pencen.

Maklumat kepada pesara

*Pesara hendaklah memaklumkan Bahagian Pencen JPA dengan segera jika berlaku :

*pertukaran alamat, dan
*perubahan status perkahwinan seperti perceraian, perkahwinan semula dan kematian suami/isteri.

*Jika pesara/penerima pencen meninggal dunia, sila kemukakan dengan segera borang JPA.BP.SPT.B01d ( Borang Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan).

*Pesara yang ingin keluar negara untuk tempoh melebihi 3 bulan TIDAK perlu lagi memohon untuk pengecualian syarat bermastautin di Malaysia.

*Pesara dinasihatkan untuk menghubungi Jabatan terakhirnya bagi memastikan sebarang perubahan gaji akhir akibat dari pergerakan gaji atau kenaikan pangkat dimaklumkan segera kepada Bahagian Pencen JPA dengan mengemukakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini supaya tindakan penghitungan semula faedah persaraan dapat dibuat.

*Jika nombor akaun bank pesara/penerima pencen telah bertukar akibat kehilangan atau ingin menukar akaun di bank lain, sila maklumakan DENGAN SEGERA kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dengan menulis surat serta mengemukakan sesalinan buku akaun berkenaan dan di alamatkan seperti berikut :

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Unit O1, Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

** pada penjuru kanan sebelah bawah surat sila catatkan "Pertukaran Nombor Akaun Bank"

*Untuk pesara yang tinggal dalam kawasan Lembah Kelang, pemberitahuan pertukaran alamat boleh dilakukan di :

Kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 2, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia

atau

Kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Maju Junction Mall,
1001 Jalan Sultan Ismail.
Kuala Lumpur.

*Jika pesara/penerima pencen berpindah tempat tinggal, sila maklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awa, dengan segera. Pemberitahuan pertukaran alamat boleh dilakukan dengan menulis surat dan alamatkan kepada alamat berikut :

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Unit O1, Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

** pada penjuru kanan sebelah bawah surat sila catatkan "Pertukaran Alamat"

*Untuk pesara yang tinggal dalam kawasan Lembah Kelang, pemberitahuan pertukaran alamat boleh dilakukan di :

Kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 2, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

atau

Kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Maju Junction Mall,
1001 Jalan Sultan Ismail.
Kuala Lumpur.

Maklumat kepada pesara

*Pesara hendaklah memaklumkan Bahagian Pencen JPA dengan segera jika berlaku :

*pertukaran alamat, dan
*perubahan status perkahwinan seperti perceraian, perkahwinan semula dan kematian suami/isteri.

*Jika pesara/penerima pencen meninggal dunia, sila kemukakan dengan segera borang JPA.BP.SPT.B01d ( Borang Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan).

*Pesara yang ingin keluar negara untuk tempoh melebihi 3 bulan TIDAK perlu lagi memohon untuk pengecualian syarat bermastautin di Malaysia.

*Pesara dinasihatkan untuk menghubungi Jabatan terakhirnya bagi memastikan sebarang perubahan gaji akhir akibat dari pergerakan gaji atau kenaikan pangkat dimaklumkan segera kepada Bahagian Pencen JPA dengan mengemukakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini supaya tindakan penghitungan semula faedah persaraan dapat dibuat.

*Jika nombor akaun bank pesara/penerima pencen telah bertukar akibat kehilangan atau ingin menukar akaun di bank lain, sila maklumakan DENGAN SEGERA kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dengan menulis surat serta mengemukakan sesalinan buku akaun berkenaan dan di alamatkan seperti berikut :

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Unit O1, Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

** pada penjuru kanan sebelah bawah surat sila catatkan "Pertukaran Nombor Akaun Bank"

*Untuk pesara yang tinggal dalam kawasan Lembah Kelang, pemberitahuan pertukaran alamat boleh dilakukan di :

Kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 2, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia

atau

Kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Maju Junction Mall,
1001 Jalan Sultan Ismail.
Kuala Lumpur.

*

Jika pesara/penerima pencen berpindah tempat tinggal, sila maklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awa, dengan segera. Pemberitahuan pertukaran alamat boleh dilakukan dengan menulis surat dan alamatkan kepada alamat berikut :

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Unit O1, Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

** pada penjuru kanan sebelah bawah surat sila catatkan "Pertukaran Alamat"

*

Untuk pesara yang tinggal dalam kawasan Lembah Kelang, pemberitahuan pertukaran alamat boleh dilakukan di :