Friday, June 5, 2009

Kad Pesara

Kad Pesara Kerajaan Malaysia dikeluarkan di bawah Seksyen 23, Peraturan-peraturan Pencen 1980 bagi Pesara/Penerima Pencen Perkhidmatan Awam atau Seksyen 20, Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak berkuasa Berkanun dan tempatan bagi pesara/Penerima Pencen Pihak berkuasa Berkanun dan tempatan.

Kad Pesara merupakan Pengenalan Diri Pesara bagi membolehkan memperoleh kemudahan perubatan di Hospital Kerajaan. Kemudahan kad pesara ini layak dinikmati oleh pesara/penerima pencen, juga kepada isteri/suami penerima pencen dan juga kepada anak-anak di bawah umur 18 tahun atau 21 tahun bagi anak yang masih menerima pendidikan tinggi(tiada had umur bagi anak cacat akal jasmani kekal).

Penyalahgunaan kad pesara boleh didakwa di Mahkamah di bawah Seksyen 24 Peraturan-peraturan Pencen 1980 atau Seksyen 21 Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan, yang mana berkenaan.

Jika terdapat sebarang kerosakan atau kesilapan butiran dalam kad pesara, sila hubungi 03-88854786 atau alamatkan ke Unit Kecil Kad Pesara, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Permohonan penggantian kad pesara yang hilang atau rosak(disebabkan oleh pesara/penerima pencen) hendaklah disertakan dengan mengemukakan satu salinan Laporan Polis.

Kad Pesara ini hendaklah diserahkan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia apabila pemiliknya hilang kelayakan menerima pencen.

3 comments:

  1. Askum tuan, ingin sya maklumkan bahawa kad pesara saya telah hilang saya ingin mohon kad gantian yg baru boleh saya majukan borang tanpa polis report,untuk mudah boleh kah saya berurus dengan pesuruhjaya sumpah aja sebab kebalai polis menyusahkan sangat t.kasih

    ReplyDelete
  2. Suami saya sudah setahun berpencen tp masih belum terima kad pesara harap dapat memberi pencerahan...terima kasih

    ReplyDelete
  3. Kad pesara saya belum diterima sehingga ke hari ini. saya bersara wajid pada 30. 0gos 2019.

    ReplyDelete