Friday, June 5, 2009

Maklumat kepada pesara

*Pesara hendaklah memaklumkan Bahagian Pencen JPA dengan segera jika berlaku :

*pertukaran alamat, dan
*perubahan status perkahwinan seperti perceraian, perkahwinan semula dan kematian suami/isteri.

*Jika pesara/penerima pencen meninggal dunia, sila kemukakan dengan segera borang JPA.BP.SPT.B01d ( Borang Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan).

*Pesara yang ingin keluar negara untuk tempoh melebihi 3 bulan TIDAK perlu lagi memohon untuk pengecualian syarat bermastautin di Malaysia.

*Pesara dinasihatkan untuk menghubungi Jabatan terakhirnya bagi memastikan sebarang perubahan gaji akhir akibat dari pergerakan gaji atau kenaikan pangkat dimaklumkan segera kepada Bahagian Pencen JPA dengan mengemukakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini supaya tindakan penghitungan semula faedah persaraan dapat dibuat.

*Jika nombor akaun bank pesara/penerima pencen telah bertukar akibat kehilangan atau ingin menukar akaun di bank lain, sila maklumakan DENGAN SEGERA kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dengan menulis surat serta mengemukakan sesalinan buku akaun berkenaan dan di alamatkan seperti berikut :

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Unit O1, Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

** pada penjuru kanan sebelah bawah surat sila catatkan "Pertukaran Nombor Akaun Bank"

*Untuk pesara yang tinggal dalam kawasan Lembah Kelang, pemberitahuan pertukaran alamat boleh dilakukan di :

Kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 2, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia

atau

Kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Maju Junction Mall,
1001 Jalan Sultan Ismail.
Kuala Lumpur.

*Jika pesara/penerima pencen berpindah tempat tinggal, sila maklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awa, dengan segera. Pemberitahuan pertukaran alamat boleh dilakukan dengan menulis surat dan alamatkan kepada alamat berikut :

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Unit O1, Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

** pada penjuru kanan sebelah bawah surat sila catatkan "Pertukaran Alamat"

*Untuk pesara yang tinggal dalam kawasan Lembah Kelang, pemberitahuan pertukaran alamat boleh dilakukan di :

Kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 2, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

atau

Kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Maju Junction Mall,
1001 Jalan Sultan Ismail.
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment